fb fb fb fb fb

LIMA' 23: Kerja naik taraf MIEC siap, sedia digunakan

(Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi)

LANGKAWI, 12 Mei- Kerja-kerja menaik taraf Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Matsirat sebagai lokasi utama Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) sudah siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kebersihan LIMA'23 Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, pihak Lembaga Pembangunan Langkawi – LADA telah menyerahkan kepada pihak penganjur pada 14 April 2023 yang lalu.

Sebanyak RM45 juta diperuntukan bagi menaik taraf dewan utama tersebut.

"Antara skop kerja naik taraf dewan LIMA melibatkan penukaran sisem penghawa dingin , penukaran sistem elektrik dan beberapa kerja infastruktur seperti naik taraf pakir,"katanya.

Tambah beliau lagi, ia bertujuan memberi keselesaan kepada syarikat pempamer termasuk delegasi terlibat membabitkan 60 buah negara, selain puluhan ribu pengunjung sepanjang lima hari pameran itu berlangsung.

Beliau ditemui media pada Majlis Aidilfitri Langkawi Best Wey 2023 di Kuah, Langkawi.

Sementara itu, kadar tempahan bilik sepanjang tempoh berlangsung LIMA'23 di pulau ini meningkat sehingga 90%.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan MKLand Holdings Berhad, Datuk Faris Yahaya, kadar tempahan bagi hotel penginapan bawah kendalian syarikat mereka juga telah mencapai 100%.

Namun pada masa sama, orang ramai masih boleh mencuba nasib membuat tempahan awal penginapan secara dalam talian.


(Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kebersihan
LIMA'23 Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin)

Media Baharu