KUALA LUMPUR, 27 Mei- Umat Islam di seluruh negara bakal menyambut Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah pada Sabtu, 7 Jun depan.
Pengumuman berkenaan dibuat Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman menerusi siaran langsung di TV1.
“Tarikh 1 Zulhijjah 1446H adalah pada 29 Mei 2025, maka Hari Raya Korban atau Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1446 bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Sabtu, 7 Jun 2025,” katanya dalam pengumuman tersebut.
Penetapan tarikh itu dibuat berdasarkan hasil cerapan anak bulan Zulhijjah yang dilakukan di 29 lokasi rasmi di seluruh negara, termasuk Bukit Jugra di Selangor, Teluk Kemang di Negeri Sembilan, dan Bukit Tanjong Batu di Sabah.