GEORGE TOWN, 1 Mei – Pelantikan Tun Ramli Ngah Talib sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kesembilan disifatkan sebagai harapan baharu buat penduduk Pulau Mutiara
Rata-rata rakyat menyatakan keyakinan pengalaman luas dimiliki Tun Ramli, termasuk dalam bidang pentadbiran dan politik, mampu memacu memacu pembangunan negeri.
Haris Farhan Amar Pritpal, berkata beliau optimis dengan pelantikan tersebut kerana latar belakang dan pengalaman luas Tun Ramli..
Beliau turut melihat keterujaan dalam kalangan rakyat yang hadir sejak awal pagi bagi menyaksikan pelantikan tersebut.
Bagi Rosnah Yahaya, beliau menyifatkan kehadiran Tun Ramli membawa sinar baharu kepada rakyat.
Jelasnya ini kali pertama beliau menghadiri acara berkaitan pelantikan TYT dan berasa gembira kerana berpeluang melihat sendiri tokoh yang diyakini dapat membawa kemajuan kepada Pulau Pinang.
Sementara itu, Mohamad Ali Abdullah pula menyambut baik pelantikan tersebut dan berharap Tun Ramli dapat menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.
Menurutnya, siapa sahaja yang dilantik, rakyat akan menerima dengan hati terbuka selagi mampu membawa kesejahteraan kepada negeri dan negara.
Terdahulu pagi tadi, Tun Ramli selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kesembilan dalam satu majlis penuh istiadat di Dewan Sri Pinang, menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Tun Ramli sebelum ini pernah menyandang beberapa jawatan penting, termasuk sebagai Menteri Besar Perak selama 17 tahun, Timbalan Menteri Pengangkutan dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.