KUALA LUMPUR, 18 Mac- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Kenyataan dari pejabatnya hari ni memaklumkan beliau dibenarkan pulang pada pukul 11.30 pagi.
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lepas bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan, dan pemerhatian.