
KUALA LUMPUR, 7 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan mendiang Tun Dr Ling Liong Sik sebagai tokoh besar yang menyumbang kepada kestabilan politik dan perpaduan negara.
- Jasa sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA dan berkhidmat dalam kabinet selama 17 tahun.
- Berperanan sebagai mentor kepada pemimpin lain dan menjadi sumber pengajaran tentang perjuangan politik.
- Upacara penghormatan terakhir diadakan di Pusat Xiao En; jasad dibawa ke Xiao En Crematorium, Nilai, untuk disemadikan.
Jelas beliau, jasa Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA itu cukup signifikan khususnya semasa memimpin parti berkenaan serta berkhidmat sebagai menteri kabinet selama 17 tahun.
“Mendiang merupakan salah seorang daripada mentor saya dan banyak belajar daripada perjuangan beliau,” katanya ketika hadir memberi penghormatan terakhir di Pusat Xiao En di sini hari ini.
Turut hadir dalam sesi penghormatan terakhir itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim.
Jasad mendiang Tun Dr Ling akan dibawa ke Xiao En Crematorium di Nilai, Negeri Sembilan untuk disemadikan.