fb fb fb fb fb

Tujuh lelaki ditahan dalam Op Mabuk

ALOR SETAR, 1 Februari - Tujuh lelaki ditahan dalam Op Mabuk kerana memandu kenderaan dan menunggang motosikal bawah pengaruh alkohol, malam tadi.

Mereka ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu daerah Kulim, Kota Setar dan Langkawi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Supritendan Mohd Mahiri Hussin berkata, empat pemandu
kereta dan seorang penunggang motosikal ditahan dalam operasi di Kulim.

"Hasil ujian saringan pernafasan menggunakan alat ‘Screening Device II’ (SDII) dan Alat
mesin Evidential Breath Analyzer (EBA), kesemua mereka dikesan melebihi melebihi 50mg/100ml," katanya.

Selain itu polis turut menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kerana disyaki menunggang motosikal curi.

Manakala di Kota Setar, seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan kerana
memandu kereta dalam keadaan mabuk.

"Hasil ujian penafasan menggunakan alat SDII, pemandu terbabit positif dengan bacaan 400mg/100ml," kata Mohd Mahiri.

Sementara itu di Langkawi, seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan kerana menunggang motosikal bawah pengaruh alkohol.

Media Baharu