fb fb fb fb fb

Tujuh cedera nahas babitkan dua kenderaan

(FOTO RTM)

SETIU, 27 April- Tujuh individu cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan bertembung di KM72 Jalan Kampung Saujana menghala ke Kampung Fikri, Setiu.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9.45 pagi tadi melibatkan dua kenderaan jenis Proton Persona dan Honda Civic masing-masing membawa empat dan tiga orang penumpang.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden, Affandi Hussin berkata insiden itu berpunca apabila kenderaan Honda Civic yang dipandu Muhammad Syamil Khairul Ihsam hilang kawalan dan merempuh kenderaan milik Mohd Redzuan Aisha, 47 tahun.

Kesemua pemandu dan penumpang dilaporkan mengalami kecederaan akibat perlanggaran itu.

"Empat individu yang menaiki Honda Civic termasuk pemandu, Muhammad Syamil Khairul Ihsam patah paha kiri manakala penumpang yang merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) iaitu Muhammad Izzat Abdul Rohim dan Hafiz Azizi Harun cedera pada bahagian kepala.

Seorang lagi, Syed Muhammad Fitri Syed Ahmad Yani turut cedera pada bahagian kepala dan terpaksa ditidurkan.

Sementara itu, pemandu dan dua penumpang kenderaan Proton Persona dan pemandu Proton Persona iaitu Mohd Redzuan Aisha, 47 tahun, Saliha Hasan, 38 tahun serta Nurul Fatihah Mohd Redzuan, 6 tahun turut mengalami kecederaan," menurut kenyataan rasmi polis.

Kesemua mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

(Deputi Supritenden Affandi Hussin)

Media Baharu