fb fb fb fb fb

Gempa sederhana landa Kepulauan Ryukyu, Jepun

PETALING JAYA, 27 April- Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Ryukyu Jepun pada pukul 3.43 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 95 kilometer (km) Timur dari Naha, Jepun dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, penilaian awal gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.


(Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter dikesan berlaku
di Kepulauan Ryukyu Jepun/MetMalaysia)

Media Baharu