fb fb fb fb fb

KKDW fokus baik pulih dan bina baharu rumah uzur di Kedah

BALING, 27 April-Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memberi tumpuan untuk membina rumah baharu serta menggantikan rumah uzur di Kedah dalam usaha menyediakan kediaman lebih selesa untuk rakyat di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa kawasan penempatan yang mempunyai rumah daif dan rumah uzur bawah tanggungjawab KKDW telah dikenal pasti, namun kementerian masih menunggu senarai lengkap dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, KEDA.

“Kita telah ada (jumlah rumah daif dan uzur di Kedah) tetapi jumlah ini mungkin tidak lengkap sebab kita hanya mengikut senarai eKasih.

“Sehubungan itu kita masih menunggu senarai lengkap untuk mengetahui jumlah sebenar yang memerlukan bantuan pembaikan (rumah) ataupun membina baharu ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bercakap kepada pemberita selepas Program Tinjauan Mesra di Desa KEDA Sadek, Baling, Kedah.
 
Ahmad Zahid berkata tumpuan juga diberikan di daerah Baling berikutan kawasan itu kerap dilanda banjir.
 
KKDW melalui KEDA juga telah membina lapan unit rumah berkembar Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) di penempatan Desa KEDA Sadek pada tahun lalu, melibatkan peruntukan RM528,000


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu