fb fb fb fb fb

Tren percuma kepada OKU dan pelajar akan dibincang

SEREMBAN, 19 Januari- Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengenai pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan terutama tren secara percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan pelajar dalam masa terdekat.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata perkara itu sudah dimasukkan dalam perancangan kementerian sebelum ini bertujuan untuk membantu dan memperkasakan golongan berkenaan.

"Walaupun saya tak perlukan peruntukan tambahan, tak perlu ada peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan.

"Peruntukan sedia ada apabila kita merombak semula dan juga kita mensasarkan peruntukan itu, ia dapat membantu khususnya golongan OKU dan pelajar," katanya dalam ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Pertandingan Kaligrafi Cina 2023 di Sekolah Tinggi Chung Hua, di sini.

Tambahnya, beliau juga telah meminta KTMB untuk mengoptimumkan subsidi yang disalurkan daripada kerajaan bagi memberi manfaat dan kemudahan kepada golongan sasar terutama warga OKU dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan itu di seluruh negara.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata warga OKU bakal menikmati kemudahan tambang pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan bas henti-henti secara percuma.

(Anthony Loke Siew Fook)

Media Baharu