fb fb fb fb fb

TRAXXfm anjur Mini Carnival Love Your Self

(Majlis perasmian ‘TRAXXfm Mini Carnival Love Yourself’)

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Kesedaran mengenai kepentingan menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala dalam kalangan warga Jabatan Penyiaran Malaysia diteruskan menerusi penganjuran ‘TRAXXfm Mini Carnival Love Yourself’.

Pengurus TRAXXfm, Tan Lee Woon program sebegini dianjurkan sejak 2016 bagi mempromosi gaya hidup sihat dan secara sukarela mengajak warga jabatan menderma darah bagi membantu golongan memerlukan.

Antara aktiviti yang menjadi tumpuan ialah ceramah kesihatan, pameran, saringan kanser serendah minima RM 50 dan saringan kanser secara percuma kepada golongan B40.

"Selain daripada meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan, ia juga peringatan kepada warga rtm..dengan tubuh badan yang sihat dan cergas..kita dapat menyumbang dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada jabatan dan negara.

"Saya melihat penglibatan dan penyertaan warga RTM hari ini amat menggalakkan, tanpa bantuan dan sokongan jitu rakan kerjasama kami iaitu PPUM, UiTM Specialist Centre, Cancer Society Malaysia dan PBSM memang sukar untuk kami sediakan saringan kesihatan, pameran kesihatan dan saringan kanser,"kata Tan Lee Woon, Pengurus TRAXXfm.

Tambahnya, program ini simbolik sebagai acara pembukaan memulakan kemeriahan sambutan ulang tahun RTM ke 77 pada 1 April ini.

Tan Lee Woon ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Mini Carnival Love Your Self di Angkasapuri.

Selain warga RTM, program ini turut dihadiri pendengar setia radio TRAXXfm.

Mereka merupakan antara 10 pendengar bertuah radio TRAXXfm yang dijemput memeriahkan Mini Carnival Love Your Self di Angkasapuri.


(Antara aktiviti yang menjadi tumpuan ialah program derma darah)


(Tan Lee Woon, Pengurus TRAXXfm)

Media Baharu