fb fb fb fb fb

Tindakan undang-undang di Malaysia tertakluk kepada semua, termasuk warga asing

 

ALOR SETAR, 6 Januari - Tindakan undang-undang yang ditetapkan dalam negara ini bukan sahaja tertakluk kepada warganegara Malaysia, malah terhadap warga asing.

Merujuk kepada kanak-kanak pengemis asing Rohingya yang meminta sedekah dijalanan yang tular baru- baru ini, Timbalan Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata sekalipun mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Perlarian (UNHCR) tidak bermakna mereka kebal disisi undang-undang.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka melakukan kesalahan.

"Sebenarnya kita boleh mengambil tindakan dibawah JPJ Akta Pengangkutan Jalan, menggangu yang juga kita boleh ambil Akta Kesalahan Kecil, masih tertakluk kepada undang-undang. Undang-udang di Malaysia ini bukan sahaja tertakluk kepada warganegara Malaysia tetapi tertakluk kepada sesiapa juga yang telah melakukan kesalahan jenayah atau kesalahan kecil. Tindakan akan diambil" Kata Razarudin dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah yang baharu di Alor Setar.

Pada majlis itu bekas Timbalan Pengarah Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Komisioner Polis, Wan Hassan Wan Ahmad, 56 tahun dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu menggantikan Datuk Kamarulzaman Mamat.

Datuk Kamarulzaman pula dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu.

Media Baharu