fb fb fb fb fb

Tiga warga Myanmar maut di dalam kereta

FOTO RTM

BATU PAHAT, 19 Julai- Tiga warga Myanmar maut di dalam kereta di Hentian Rehat Yong Peng, arah selatan, Batu Pahat Johor, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata semua mangsa berusia 23 hingga 27 tahun.

Mereka meminjam kereta daripada seorang rakan di Johor Bahru dan sedang berhenti rehat serta tidur di hentian itu selepas memulakan perjalanan dari Genting Highlands ke Pasir Gudang, Johor Bahru.

Kejadian disedari orang awam yang melihat kereta itu parkir dalam tempoh masa lama dengan enjin dan penghawa dingin masih hidup.

Kereta itu dalam keadaan terkunci dan tingkap tertutup rapat.

Orang awam bertindak memecahkan tingkap kereta selepas semua mangsa tidak memberi sebarang tindak balas dan berjaya mengeluarkan mereka yang tidak sedarkan diri.

Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut.


(FOTO RTM)

Media Baharu