fb fb fb fb fb

Tiga projek sumber air di Johor dijangka siap menjelang 2030

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh (kiri), berbincang dengan Ketua Pegawai Operasi (COO) Ranhill SAJ, Khairul Effendy Tusam (kanan), ketika melawat tapak pembinaan loji baharu di Loji Rawatan Air Semanggar, hari ini/BERNAMA

KOTA TINGGI, 18 Ogos- Tiga projek sumber air di Johor bernilai RM1.63 bilion berkapasiti 900 juta liter sehari dijangka siap menjelang tahun 2030.

Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Johor akan bermula pada Jun 2026, manakala TAPS Sungai Pontian, Disember 2026 dan TAPS Sedili pada April 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata projek-projek itu akan disokong oleh pembinaan tiga Loji Rawatan Air (LRA) yang dijangka bermula 2027 hingga 2031.

"Pihak RSJ turut merancang pembinaan beberapa loji rawatan air, antaranya LRA Semangar 3 dengan kapasiti 200 juta liter sehari bernilai kira-kira RM750 juta, LRA Kayu Arapasong Pasar Satu dengan kapasiti 90 juta liter sehari berjumlah RM504 juta dan LRA Sungai Sedili Besar dengan kapasiti 600 juta liter sehari bernilai sekitar RM2.4 bilion.

Dengan perancangan ini, wujud sinergi antara sumber air mentah dan bekalan air terawat antara PETRA dan pihak RSJ," kata Mohamad Fazli kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa membuat lawatan ke LRA Semanggar, di sini.

Kajian penilaian untuk menaik taraf TAPS Sungai Sedili menjadi empangan juga akan dijalankan, bagi menjana lebih banyak tadahan di kawasan berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM