fb fb fb fb fb

Tiga personaliti sertai perbarisan Maritim Malaysia

Sesi raptai perbarisan Maritim Malaysia di Dataran Kehakiman, Putrajaya

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Seramai 404 penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terdiri daripada 350 pegawai lelaki, 15 pegawai wanita bersama-sama 39 orang ahli pasukan pancaragam agensi itu akan menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Kehakiman, Putrajaya pada pagi esok.

Maritim Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kelainan tahun ini adalah kemunculan istimewa tiga personaliti tempatan iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy.

Sementara itu Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, perbarisan itu membolehkan masyarakat boleh mengenali identiti agensi selain menarik minat para belia tempatan yang berkelayakan untuk menjadi penguat kuasa.

"Saya turut menaruh harapan tinggi kepada pegawai dananggota yang menyertai perbarisan ini dapat memberikan persembahan terbaik pada hari tersebut sekali gus menjadi penanda aras terhadap tahap kecemerlangandan professional agensi ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Kontinjen Perarakan dan Perbarisan Maritim Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Putrajaya.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Kehormat Mohd Norzam Mustapa serta Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Encik Mohd Nasir Mohamad Mazlan.

"Sebagai agensi yang diletakkan bawah kluster keselamatan, Maritim Malaysia ingin menunjukkan peranan agensi dalam memastikan perairan Malaysia selamat di samping turut membawakan mesej
kepada orang ramai bahawa 'Keselamatan Bukan Untuk Dikompromi'.

"...selari dengan tema yang diangkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) sempena penganjuran Persidangan Penganjuran Keselamatan Negara yang bakal diadakan pada 2 September ini," katanya lagi.

Aset Maritim Malaysia iaitu Bot Perkasa35, Bot Benteng 1, Bot Petir 83, Mobile Surveillance Unit (MSU) serta sebuah aset udara Maritim Malaysia iaitu AS365 N3 Dauphin yang akan turut melakukan lintas hormat bersama-sama aset udara pasukan keselamatan lain turut serta dalam perbarisan berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI