fb fb fb fb fb

Tiga maut selepas MPV terbabas masuk parit

Foto RTM

JOHOR BAHARU, 1 Jun-Dua wanita dan seorang lelaki maut selepas Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Ismail Sultan di sini pada pukul 7:20 pagi tadi.

Menurut Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan Satu Haizrul Rahmad, kenderaan MPV mangsa telah terbabas dan masuk ke dalam parit sedalam dua meter.

Haizrul memaklumkan, pasukan operasi mengambil masa kira-kira 13 minit untuk mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan menggunakan pengusung dan tali.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan, dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Seramai 12 anggota BBP Larkin digerakkan ke lokasi kejadian, dan operasi tamat pada pukul 8:40 pagi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD