fb fb fb fb fb

Tiga kereta dihempap pokok tumbang

Antara kerete yang dihempap pokok tumbang di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Sebatang pokok tumbang menghempap tiga kereta yang diparkir di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.59 petang.

"Petugas bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa terus bergegas ke lokasi kejadian kira-kira lapan kilometer dari balai itu sejurus selepas menerima laporan.

"Pokok itu menghempap tiga kenderaan di kawasan parkir, iaitu sebuah kereta Proton Wira dan dua Perodua Myvi.

"Kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa, dan kerja-kerja memotong serta mengalihkan pokok sedang dijalankan," katanya.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu.

Kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang berkenaan sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI