fb fb fb fb fb

Tidak wajib imbas MySejahtera, boleh masuk premis tanpa mengira status vaksinasi

(Aplikasi MySejahtera masih lagi penting untuk digunakan antara lain bagi tujuan pelaporan
keputusan ujian pengesanan COVID-19 dan arahan HSO/FOTO FAIL BERNAMA)


PUTRAJAYA, 27 April- Orang ramai tidak lagi diwajibkan membuat imbasan kod QR menerusi aplikasi MySejahtera apabila memasuki premis atau tempat awam lain, berkuat kuasa 1 Mei ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bagaimanapun berkata orang awam disarankan supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace bagi pengesanan kontak.

Beliau berkata, sementara pihak perngurusan premis perlu menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis.

"Individu dengan status 'High Risk' (Risiko Tinggi) pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) tidak dibenarkan masuk ke premis.

"Justeru, aplikasi MySejahtera masih lagi penting untuk digunakan antara lain bagi tujuan pelaporan keputusan ujian pengesanan COVID-19 dan arahan HSO.

"Ia juga penting untuk membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pencegahan dan kawalan COVID-19," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu Khairy turut mengumumkan individu dibenarkan memasuki mana-mana premis tanpa mengira status vaksinasi mereka.

(Individu tanpa status vaksinasi lengkap dibenar memasuki premis dan restoran/FOTO FAIL BERNAMA)

"Individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis, adalah individu positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap.

Khairy ketika mengumumkan ketetapan itu, berkata bagaimanapun individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis merangkumi mereka yang positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap.

Selain itu, katanya, individu lain yang tidak dibenarkan adalah mereka dalam tempoh Pemerhatian di Rumah (HSO), termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.

Media Baharu