fb fb fb fb fb

Tidak timbul isu Kabinet baharu, PM sentiasa pantau tugas Jemaah Menteri

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Disember - Tidak timbul sebarang isu berhubung pelantikan baharu Kabinet kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memantau pelaksanaan tugas Jemaah Menteri termasuk menyalurkan nasihat atau arahan sekiranya perlu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penjelasan itu dibuat bagi meredakan salah faham dalam kalangan masyarakat susulan kritikan dan serangan terhadap beberapa individu lantikan baharu Kabinet.

"Bagi semua menteri di JPM (Jabatan Perdana Menteri), ketuanya ialah Perdana Menteri. Oleh itu, sebarang tindakan dan keputusan berkaitan portfolio itu akan dirujuk kepada Perdana Menteri.

"Menteri-Menteri di JPM turut menghadiri mesyuarat pasca Kabinet seperti kelaziman," katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri Kota Media di sini, hari ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM