fb fb fb fb fb

Tiada peruntukan baharu untuk promosi Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 7 November- Tiada sebarang peruntukan baharu dibuat bertujuan mempromosi Kerajaan Perpaduan bagi tahun 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya hanya meneruskan kontrak perjanjian pada 2022 yang telah dibuat kerajaan terdahulu.

Kerja-kerja  promosi dan publisiti dibuat termasuk iklan dan pemasangan papan iklan luar (billboard).

"Peruntukan kecil ni yang selebihnya akan dimanfaatkan untuk menyediakan iklan atau penerbitan bagi penjelasan lanjut.

"Saya tidak fikir ia bermasalah seandainya kita ada program program yg jelas dan turun menyantuni rakyat. Tetapi untuk berbelanja belanja lebih dari itu saya fikir ia tidak selaras dengan prinsip pengurusan cekap dan tatakelola yg kita sebutkan selama ini", katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batu, M.Prabakaran yang bertanyakan jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan bagi kerja-kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, digital dan juga media televisyen sepanjang tahun 2020 sehingga kini.

Perdana Menteri turut mengarahkan Kementerian Kewangan untuk tidak meluluskan peruntukan melebihi RM100 juta melibatkan promosi dan publisiti.

Sejak 2020 hingga 2022, kerajaan terdahulu telah membelanjakan lebih RM700 juta bagi tujuan berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD