fb fb fb fb fb

Tiada pelajar berdaftar di Lubnan- Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

BANGI, 29 September- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada pelajar Malaysia yang direkodkan sedang melanjutkan pelajaran di Lubnan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia berdasarkan semakan yang dibuat dengan pejabat Education Malaysia (EM) di Timur Tengah.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya masih mendapatkan maklumat secara rasmi mengenai pelajar yang melanjutkan pelajaran secara tidak berdaftar.

"Walau bagaimanapun saya ingin menyebut di sini bahawa langkah-langkah akan terus dibuat oleh kerajaan melalui Wisma Putra untuk memastikan rakyat Malaysia sama ada mereka pelajar secara tidak rasmi melalui madrasah atau pun sistem persekolahan di sana atau pun rakyat Malaysia yang berada disana..Saya percaya Wisma Putra akan mengambil langkah pantas bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana," katanya.

Beliau kepada pemberita selepas menghadiri program In Person with Doc. Zam: ‘Tips & Tricks for Freshies’ Sempena Minggu Apresiasi Watan Sesi 2024/2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan pada Rabu lepas menasihatkan rakyat Malaysia di Lubnan membuat persiapan segera untuk meninggalkan negara itu secara sukarela berikutan keadaan yang semakin meruncing.

Kenyataan itu juga memaklumkan warganegara Malaysia diminta menangguhkan semua perjalanan ke Lubnan sehingga keadaan di negara itu kembali stabil.

ZEHRA BINTI ZAMBRI