fb fb fb fb fb

Tiada lagi pengeluaran khas KWSP sebelum persaraan

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Kumpulan Wang Simpangan Pekerja (KWSP) tidak bercadang memperkenal skim pengeluaran khas baharu bagi ahlinya buat masa ini.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ia memandangkan data dan indikator tertentu menunjukkan negara kini berada pada fasa pemulihan ekonomi termasuk sektor pekerjaan yang semakin pulih.

"Tiba masa bagi KWSP memfokuskan kepada mandat asalnya, iaitu memperkukuh simpanan persaraan pencarum.

Data-data pekerjaan dan GDP telah menunjukkan negara dalam era pemulihan, jadi saya harap tidak perlu mengeluarkan lagi simpanan, kita perlu terus kepada mandat KWSP iaitu menolong ahli membina simpanan untuk hari tua," katanya pada sesi taklimat kewangan di sini.

(Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP pada sesi taklimat kewangan di Ibu Negara)

Sebelum ini, sejumlah RM110 bilion telah dikeluarkan pencarum menerusi tiga skim pengeluaran khas iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini.

Media Baharu