fb fb fb fb fb

Tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender - PM

(Datuk Seri Anwar (tiga,kanan) ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri
Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan November 2022/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 29 November- Tiada lagi kelulusan tanpa tender dalam kerajaan baharu, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya kerajaan bawah pimpinannya tidak akan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah di semua peringkat terus berleluasa.

"Maka untuk peringkat awal ini saya ingin menyeru mengajak saudara-saudara untuk sama-sama dalam pasukan ini.

"Mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita, mengangkat semula hidup rakyat umumnya walaupun tidak separah beberapa negara lain tetapi dalam keadaan yang agak sukar," kata Anwar ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Perdana Putra, di sini.

Majlis perjumpaan hari ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

(Datuk Seri Anwar ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana
Menteri Bersama Warga JPM bagi bulan November 2022/BERNAMA)

 

Media Baharu