fb fb fb fb fb

Tiada kompromi untuk enam kesalahan utama

KUALA LUMPUR, 3 Februari - Tiada kompromi terhadap enam kesalahan utama yang dikenal pasti sepanjang Op Selamat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim menegaskan denda maksimum di bawah kesalahan tersebut tidak akan ditawar diskaun.

"Enam kesalahan ini ditegaskan akan dikenakan kompaun maksima RM300 dan tidak akan dikurangkan dalam apa juga program yang kita jalankan sebagai contoh pemotongan saman dan diskaun saman," katanya di sini.

Tambahnya, kesalahan tersebut adalah memandu melebihi had laju ditetapkan, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Media Baharu