fb fb fb fb fb

Tiada kes COVID-19 dikesan dalam kalangan penduduk terjejas banjir

KUALA LUMPUR, 12 Disember - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes COVID-19 dikesan dalam kalangan penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak 19 November lepas hingga kini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata terdapat 14 kes COVID-19 dikesan bagi tempoh 11 hingga 18 November.

Dr Noor Hisham berkata, kesemeua mereka telah tamat menjalani isolasi serta pulang ke rumah masing-masing.

"Kes penyakit berjangkit mula dipantau sejak 11 November apabila beberapa episod banjir berlaku. Secara kumulatif, sebanyak 12 kes acute gastroentritis (AGE), 207 kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), lapan (8) kes konjuntivitis, 134 kes jangkitan kulit telah dikesan dalam kalangan mangsa banjir PPS.

"Tiada kes tifoid, kolera, leptospirosis, penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir sehingga hari ini," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.


Sehingga 9.00 pagi tadi, terdapat lima buah negeri dilanda banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, dan Johor.

Penduduk terjejas banjir ditempatkan di 29 PPS iaitu Kelantan (5), Terengganu (11), Pahang (11), Perak (1), dan Johor (1).

"Jumlah penduduk terjejas banjir keseluruhan mencatatkan peningkatan dari 659 orang hari sebelumnya kepada 2,553 orang," katanya.

Media Baharu