fb fb fb fb fb

Tiada campurtangan politik dalam proses tender dan perolehan KKR- Nanta

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Tiada campur tangan politik dalam urusan perolehan dan tender yang di tawarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) mahupun agensi di bawahnya tegas Menteri kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Sebaliknya, kontraktor dan syarikat yang ingin mendapatkan tender tersebut perlulah melalui proses undian serta memenuhi kriteria tertentu. Ini termasuklah mempunyai faktor kewangan yang kukuh.

"Memang ada SOP atau garis panduan bagaimana memilih kontraktor yang melaksanakan projek.

"Memang kita berpegang kapada apa yang sedia ada. Kita hendak elakkan kalau kita tahu syarikat itu sekiranya lemah dari segi kewangan sebab memang salah satu punca projek-projek lewat adalah kerana kemampuan kewangan syarikat tersebut.

"Kita tidaklah menggunakan politik untuk memilih syarikat kalau saya tahu saya memang larang. Apa yang pasti mereka ini adalah syarikat yang berkemampuan di daftar di CIDB dan sebagainya", kata Nanta di sini.

Dalam pada itu, Nanta turut memaklumkan, terdapat penurunan peratusan bagi projek sakit yang telah dilaksanakan oleh Kementeriannya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) tahun lalu

Ia meliputi 21 projek daripada 730 projek fasa pembinaan dikategorikan sebagai projek sakit bagi tahun 2023

Manakala bagi tahun 2022 pula,  hanya 26 projek daripada 686 projek dikategorikan sebagai projek sakit.

"Data sehingga 15 Februari 2024, bagi projek RP4 yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun 2024 adalah sebanyak 475 bilangan projek fizikal pembinaan baru dengan kos sebanyak RM18 billion.

"Selain itu, terdapat juga baki projek sambungan iaitu sebanyak 1,340 dengan kos berjumlah RM60.38 billion bagi projek fizikal pembinaan, manakala terdapat 26 jumlah kerja fizikal penyenggaraan sambungan akan dilaksanakan pada tahun ini dengan kos berjumlah RM45.24 juta", katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD