fb fb fb fb fb

TH serah zakat perniagaan lebih RM8 juta kepada MAINPP

GEORGE TOWN, 23 Ogos- Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 bernilai RM8,040,457.49 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Sri Mutiara, Jalan Utama, Pulau Pinang.

Upacara penyerahan disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab kepada Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Majlis itu disaksikan Yang DiPertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak.

"Majlis hari ini merupakan majlis serahan zakat perniagaan Tabung Haji kepada MAINPP. Zakat perniagaan ini adalah untuk tahun 2020 dan 2021. Sebanyak lebih RM8 juta TH serahkan kepada MAINPP," jelas beliau kepada pemberita.

Untuk rekod, zakat TH untuk tahun 2020 adalah sebanyak RM3.99 juta telah diserahkan kepada MAINPP pada suku pertama tahun lepas, namun majlis tidak dapat diadakan disebabkan pandemik COVID-19.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (tengah) menyaksikan
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (kanan) menyampaikan replika cek zakat
perniagaan kepada Pengurus Darul Hannan Siti Sarah Yahaya (kiri) di Seri Mutiara
FOTO BERNAMA

Bayaran zakat ini diharap menjadi landasan penting TH dalam membantu komuniti asnaf di Pulau Pinang.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Media Baharu