fb fb fb fb fb

Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Malam Gala AWIM 2024/2025

Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyampaikan pemenang AWIM 2024/25 kepada Wanita Ikon Terengganu Dr Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamadi (empat, kiri) pada Anugerah Wanita Ikon Malaysia (AWIM) 2024/25 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 September- Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Malam Gala Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

Majlis anjuran Kelab Wanita Ikon Malaysia itu diadakan bagi mengiktiraf peranan wanita dalam memperkasa masyarakat.

Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyampaikan tiga anugerah utama kepada pemenang.

Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2024/ 2025 dirangkul Pengarah Eksekutif dan Ketua Kelestarian dan Advokasi Khazanah Nasional, Datuk Shahira Ahmed Bazari.

Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025 pula di sandang oleh Dr SH Marzety Adibah Al Sayed Mohamadi.

Anugerah Wanita Ikon Muda Malaysia 2024/2025 dianugerahkan kepada Norsidayati Mustari.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Pelbagai aktiviti pemerkasaan wanita dan masyarakat dilaksanakan seiring penganjurannya sejak 2007.

Ia selaras usaha kerajaan untuk terus memperkasa golongan wanita.

ROSLINA BINTI DIN