fb fb fb fb fb

Tempahan rumah inap desa, pilihan sambut lebaran

Foto Fail

PORT DICKSON, 14 April- Tempahan rumah inap desa terutama ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri, memberi limpahan rezeki kepada setiap pengusaha.

Di Negeri Sembilan, tempahan rumah inap desa telah penuh sejak sebelum tibanya bulan Ramadan.

Menurut Pengerusi Persatuan Kampung Stay dan Homestay Negeri Sembilan, Mistam Taib, bagaimanapun tidak berlaku sebarang perubahan harga bagi tempahan rumah inap desa sempena Aidilfitri.

"Kebanyakkannya memang orang tempatan. Selalunya macam tahun-tahun lepas pun, memang ramai pelanggan dari warga tempatanlah. Ada yang datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka."

"Mereka ini macam nak tukar angin lah, beralih dari beraya di rumah. Nakkan suasana kampung atau sebaliknya. Maka, mereka ini carilah rumah inap desa yang mengikut cita rasa mereka sendiri untuk dijadikan lokasi menyambut lebaran," kata Mistam kepada pemberita di Homestay D’Pelandok, Port Dickson.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan orang ramai untuk memilih rumah inap desa yang berdaftar dengan Kementeriaan Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi mengelakkan daripada ditipu oleh pengusaha.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM