fb fb fb fb fb

Tarikh Hari Raya Aidilfitri, akan ditentukan pukul 8.00 malam ini

Ketua Unit Cerapan dan Rukyah Bahagian Falak, Jabatan Mufti Sarawak, Ustaz Mohamad Fauzi Hairani

TELUK BANDUNG, 9 April- Tarikh 1 Syawal hanya dapat diperolehi seawal pukul 8.00 malam ini.

Ketua Unit Cerapan dan Rukyah Bahagian Falak, Jabatan Mufti Sarawak, Ustaz Mohamad Fauzi Hairani berkata penetapan tarikh Aidilfitri itu berdasarkan hasil cerapan yang diperolehi dari 29 lokasi di seluruh negara.

Pihaknya bagaimanapun telah mula mencerap bacaan bulan sejak beberapa minggu lepas, bagi memastikan ketepatan tarikh Syawal.

"Anak bulan akan mula kelihatan sewaktu matahari terbenam pada Maghrib," kata Mohamad Fauzi kepada pemberita semasa proses mencerap anak bulan Syawal, petang tadi.

Hadir sama bagi menyaksikan proses mencerap anak bulan syawal ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM