KUALA LUMPUR, 23 Jun - Tarikh akhir bagi mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) untuk pembayar cukai yang menjalankan perniagaan ialah pada 30 Jun secara manual dan 15 Julai bagi e-Filing.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan, ia meliputi pembayar cukai perniagaan kategori individu pemastautin (B) dan perkongsian (P).
“Pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail BN bagi tahun 2023 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/media/lq5fu3zd/20230324-program-memfailborang-nyata-bn-bagi-tahun-2023.pdf atau https://www.hasil.gov.my/media/wm2oviph/20230324-return-form-filingprogramme-for-the-year-2023.pdf,” kata kenyataan itu.
Pembayar cukai turut disarankan mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.
(FOTO FAIL)
Pembayar cukai juga dinasihatkan mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai.
"Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami (LHDN) melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/03-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas menerusi portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/," menurut kenyataan itu.