(FOTO BERNAMA)
IPOH, 23 Jun- Bekalan ternakan korban di Perak dijangka meningkat sehingga 30 peratus tahun ini.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, ia melibatkan sejumlah 5,248 ekor lembu, 578 kerbau, 175 kambing dan 528 bibi-biri yang akan dijadikan korban menjelang perayaan Aidiladha Khamis depan.
Beliau berkata, peningkatan ini bukti kesedaran umat Islam dalam mengerjakan ibadah korban.
"Alhamdulillah, pada tahun ini kita nampak ada satu perubahan yang besar, ada peningkatan permintaan atau pun untuk melaksanakan ibadah korban di Perak. Jika dibandingkan pada tahun lepas (2022) sebanyak 3,825 ekor lembu, 271 ekor kerbau dan 123 ekor kambing atau bebiri," katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
(Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun)
Jelasnya, bilangan tersebut akan bertambah sekiranya mendapat permintaan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha
Jabatan Veterinar Negeri Perak juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan haiwan korban mempunyai Sijil Kesihatan Veterinar dan Permit Kebenaran Sembelihan Luar sebelum ibadah korban dilakukan.