fb fb fb fb fb

Tanah runtuh MACA: Pemasangan cerucuk besi ambil masa dua minggu

(FOTO JBPM)

KUALA LUMPUR, 26 April- Pemasangan cerucuk besi di sekitar kawasan runtuhan dijangka bermula 28 April ini, mengambil masa kira-kira dua minggu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata penutupan tanah dengan kanvas telah dimulakan 3.30 petang tadi bagi menahan serta mencegah aliran air meresap ke dalam tanah.

"Fasa pertama kita akan buat di sempadan pagar IIM , itu akan mengambil masa lebih kurang dua hari untuk disiapkan pemasangan cerucuk besi.

"Selepas cerucuk besi siap dipasang, maka di situ kita akan membuat satu jalan akses baharu untuk mengeluarkan semua kenderaan yg tersadai di dalam MACA," katanya dalam sidang media petang tadi.

Pemasangan fasa kedua pula akan meliputi ke semua kawasan tanah runtuh.

Tambahnya, Jabatan Kerja Raya akan memasang alat pengesan di sepuluh lokasi bagi mengesan sebarang pergerakan awal tanah.

Dalam aspek pergerakan tanah pula, Beh Eng Lai mengesahkan ia masih berlaku dan keruntuhan telah masuk ke kawasan pagar IIM, menghampiri ke gelanggang tenis.


(FOTO JBPM)

Media Baharu