fb fb fb fb fb

Kertas Putih Kesihatan dibentang ke parlimen pada Mei

(Lukanisman Awang Sauni ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka
Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Miri)

MIRI, 26 April- Kertas Putih Kesihatan atau White Paper On Health Care dijangka akan dibentangkan pada persidangan Parlimen Mei ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata Kertas Putih tersebut sedang dalam fasa akhir penyiapan.

"Kertas Putih ini adalah sangat penting memandangkan keras-kertas putih ini akan dilaksanakan dalam tempoh 15 tahun akan datang yang akan mereformasikan perkhidmatan kesihatan di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Lukanisman turut memaklumkan, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa akan mengadakan lawatan ke Sarawak esok bagi sesi libat urus bersama dengan doktor, para akademik dan juga semua pemegang taruh berhubung kait dengan kesihatan awam di Sarawak.

Jelas beliau, dalam sesi libat urus itu turut dibentangkan ialah dasar atau empat tonggak penting tentang kertas putih serta mengambil maklum balas, pandangan dan soalan daripada semua pihak untuk disusun dan diatur pandangan tersebut.

Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Miri.

Katanya, dalam kertas putih tersebut beberapa perkara bakal diberi perhatian antaranya Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang sangat dituntut oleh kumpulan-kumpulan dalam sektor kesihatan itu sendiri dan cuba untuk mendapatkan pandangan berkenaan tentang pendanaan penjagaan kesihatan di Malaysia.

Beliau berharap agar sudut pandangan wakil-wakil rakyat di Sarawak serta kerajaan negeri Sarawak akan diambil berat oleh Menteri Kesihatan pada pembentangan dan juga sesi libat urus pada Khamis ini.

Selepas sesi libat urus di Kuching, program serupa akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan seterusnya ke Pulau Pinang dan juga Johor.

Manakala sesi libat urus terakhir akan berpusat di Putrajaya, bakal menghimpunkan semua tenaga kerja professional di Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM untuk mendapatkan pandangan secara lebih teliti.


(Premier Sarawak,  Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir pada
 Majlis Rumah Terbuka Hari 
Raya Aidilfitri di kediaman Timbalan
Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni di Miri)

Media Baharu