fb fb fb fb fb

Kerajaan komited sokong industri aeroangkasa

(Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (TENGAH) menyaksikan Majlis Menandatangani
Perjanjian Pelaburan Antara Asia Digital Engineering (ADE) dan OCP ASIA)

KUALA LUMPUR, 26 April- Kerajaan terus komited untuk menyokong pertumbuhan industri aeroangkasa.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan dalam mewujudkan persekitaran kondusif untuk pertumbuhan dan pelaburan.

"Saya ingin menekankan bahawa kerajaan komited untuk menyokong pertumbuhan industri aeroangkasa dan kami akan terus membawa persekitaran kondusif untuk pelaburan dan pertumbuhan mampan," katanya.

Tengku Datuk Seri Zafrul berkata demikian semasa hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pelaburan Antara Asia Digital Engineering (ADE) dan OCP ASIA di ibu negara.

PTahun lepas, Malaysia memperoleh RM600 juta projek pembesaran kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

Ini menunjukkan bahawa pelabur dari dalam dan luar negara melihat sektor MRO negara sebagai peluang pelaburan berpotensi besar.


(Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berucap pada Majlis Menandatangani
Perjanjian Pelaburan Antara Asia Digital Engineering (ADE) dan OCP ASIA)

Media Baharu