fb fb fb fb fb

Operasi Khas Motosikal HRA: JPJ keluarkan 1,058 saman

(FOTO JPJ)

KUALA LUMPUR, 26 April- 2,144 kenderaan telah diperiksa dan 1,058 notis saman dikeluarkan bagi kesalahan tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh dan tidak pamer P.

Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) telah melaksanakan Operasi Khas Motosikal sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) sebanyak empat siri di beberapa lokasi strategik sekitar Kuala Lumpur pada 20-21 dan 24-25 April 2023. 

Pengarah JPJ WPKL, Mohd Zaki Ismail berkata, dalam memastikan kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya dengan lebih selamat berteraskan slogan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’, JPJ WPKL telah menguatkuasakan dengan tegas bagi pematuhan peraturan dengan memberi tumpuan terhadap tujuh kesalahan yang dianggap punca kemalangan dengan memastikan keselamatan pengguna jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian dalam tempoh perayaan HRA 2023 yang dijalankan. 

Menurut beliau lagi, penguatkuasaan strategik 24 jam secara sekatan jalan raya di laluan motosikal melibatkan beberapa lokasi laluan utama turut diadakan dan fokus kesalahan yang utama adalah berkaitan lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Insurans, pemakaian topi keledar dan nombor pendaftaran, cermin sisi serta kesalahan teknikal.

Antara agensi penguatkuasaan yang terlibat secara bersepadu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar  (JAS), dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.


(FOTO JPJ)

Media Baharu