fb fb fb fb fb

Ancaman siber sasar perniagaan melonjak 197%

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 26 April- Ancaman siber yang menyasarkan perniagaan di negara ini melonjak 197% tahun lepas.

Menurut penyedia keselamatan siber dan antivirus global Kaspersky, lebih 13.3 juta serangan laman web direkodkan pada 2022 berbanding lebih 9.1 juta dicatatkan pada tahun 2021.

Kaspersky menerusi kenyataan menjelaskan, negara di rantau Asia Tenggara mencatat peningkatan lebih tiga kali ganda susulan sekatan 889,093 serangan siber oleh perisian itu tahun lalu.

Ia merupakan lonjakan mendadak daripada 207,175 insiden pada 2021.

Trend peningkatan membabitkan beberapa negara antaranya Thailand; Indonesia; Filipina dan Malaysia.

Mengulas lanjut, Kaspersky berkata, ancaman web didorong kelemahan pengguna akhir, pembangun dan pengendali perkhidmatan web atau perkhidmatan web itu sendiri.


(Foto hiasan)

Media Baharu