fb fb fb fb fb

Op Selamat: Polis Kulim teruskan penugasan pemantauan

 

KULIM, 26 April- Polis Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik BSPT, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim terus menjalankan penugasan pemantauan bagi mengelak kesesakan dan berlakunya kemalangan jalanraya, sempena Op Selamat ke-20.
 
Ketua polis daerah itu, Suprintenden Mohd Redzuan Salleh berkata selain menjalankan rutin biasa, pihaknya juga membantu melancarkan perjalanan dengan memberikan bantuan kepada kenderaan yang rosak.
 
Sepanjang Op Selamat setakat hari ini, sebanyak 81 buah kenderaan mengalami kerosakan yang memerlukan bantuan anggotanya untuk melancarkan pergerakan  jalanraya.
 
Pihaknya juga  mengeluarkan sebanyak 204 saman dalam pelbagai kesalahan jalanraya.
 
Satu kes melibatkan kematian penunggang motosiakal yang dipercayai terbabas sendiri.
 
Suprintenden Mohd Redzuan juga menasihatkan pengguna jalanraya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya supaya kadar kemalangan dapat dikurangkan.
 


(Ketua Polis Daerah Kulim, Suprintenden Mohd Redzuan Salleh)

Media Baharu