fb fb fb fb fb

Kanak-kanak lemas di dalam kolam renang

IPOH, 26 April- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 9 bulan ditemui lemas di dalam kolam renang milik datuknya di Tambun, Ipoh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, "ketika kejadian mangsa bersama kedua-dua ibu bapanya berada di rumah berkenaan kerana menziarahi ahli keluarga."

Mangsa ditemui terlentang dan terapung dalam kolam berkenaan oleh bapanya, pada pukul 8.45 malam sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Hasil bedah siasat dijalankan oleh Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat mati lemas.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) iaitu membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan berpatutan.

Polis turut menasihati orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga agar tidak membiarkan kanak-kanak bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

(Yahaya Hassan)

Media Baharu