JOHOR BAHRU, 26 April- 12 tangki air statik serta pam meter sementara ditempatkan di Ranhill Syarikat Air Johor (SAJ) sebagai langkah jangka masa pendek mengatasi masalah tekanan air rendah akibat paip bocor di Kampung Sungai Melayu, di sini sejak kira-kira setahun lalu.
Langkah jangka masa panjang pula, ia membabitkan pemasangan paip satu kilometer jenis ‘High Density polyethylene’ (HDPE) berdiameter 180 milimeter, merentasi dasar sungai.
Ia merupakan yang pertama di Johor mengguna teknologi ‘Horizontal Direct Drilling’ (HDD).
Pengarah Operasi Ranhill SAJ, Anuar Abdul Ghani berkata, "projek melibatkan nilai RM1.2 juta.
"Alhamdulillah projek ini sudah hampir selesai pada fasa akhir. Insya Allah, saya boleh nyatakan dalam 90% dan akan beroperasi pada 7 Mei."
Bagaimanapun, 825 penduduk Kampung Sungai Melayu yang terjejas dan sukar melakukan rutin harian susulan masalah tersebut kini mampu menarik nafas lega.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad yang diteui RTM berkata, "saya sebagai wakil rakyat di Kota Iskandar mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan, kakitangan dan kontraktor, dan Ranhill SAJ yang mendengar aduan orang kampung.
"Tetapi mereka sabar, dan alhamdulillah hari ini kehendak rakyat dapat direalisasikan."
Bagi Ketua Kampung Sungai Melayu Suzaidi Ibrahim, "saya mengucakan terima kasih kersana dalam masa dua minggu ini masalah air akan selesai dan penduduk kampung akan dapat menikmati air seperti yang mereka kehendaki."
Selain itu, Pengerusi Masjid Al-Qudus Kampung Sungai Melayu Zait Idris berkata, "selama tujuh bulan kami menggunakan air yang dihantar SAJ menggunakan lori dan dimasukkan ke dalam tong-tong yang disediakan penduduk kampung bagi mengisi air bagi kegunaan harian."
Penduduk Kampung Melayu Sabri Abdullah turut berharap agar, "projek air ini akan kekal dan tidak akan memberi masalah kepada penduduk di sini. Kita juga berharap agar projek ini dapat disiapkan dengan segera."
(Tangki air statik serta pam meter sementara ditempatkan di Ranhill SAJ)