MIRI, 28 Januari - Seramai 169 penduduk dari Kampung Lereng Bukit di sini, hari ini diarahkan segera selepas berlakunya tanah runtuh awal pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, 29 keluarga dari Kampung Lereng Bukit berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pusat Bulan Sabit Merah (PBSM).
Sementera itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat pula berkata, tanah runtuh itu berlaku sekitar pukul 6.00 pagi akibat hujan lebat yang berterusan sejak semalam, yang telah merosakkan beberapa rumah.
“Pihak bomba bersama agensi lain masih memantau situasi di kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk,” katanya.
Tanah runtuh turut dilaporkan di Jalan Woodhouse, turut menjejaskan pergerakan penduduk keluar dan masuk di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, runtuhan tanah itu telah dibersihkan sejurus laporan dibuat kepada pihak berkaitan.