fb fb fb fb fb

Takziah kepada keluarga aktivis PKR - Fahmi

Allahyarham Ishak Abd Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ishak Abd Rahman yang meninggal dunia semalam akibat kemalangan motosikal.

Fahmi menyifatkan Allahyarham sebagai sumber inspirasi dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Dalam satu hantaran di Facebook, Fahmi mendoakan keluarga Allahyarham tabah dengan pemergian itu.

"Seorang aktivis KEADILAN, Allahyarham adalah sumber inspirasi dalam melaksanakan gerak kerja dan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Seorang pejuang yang meluhuri agenda reformasi, banyak masa telah terluang untuk memaknakan perjuangan sehingga ke hari ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh," katanya dalam hantaran itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI