fb fb fb fb fb

Taklimat perolehan program TV RTM ke arah pembangunan industri kreatif

KUALA LUMPUR, 10 Februari - Lebih 700 syarikat pembekal hadir pada sesi taklimat perolehan Program TV terbitan Tempatan (Swasta Baharu dan Sambung Siri) serta perolehan Program TV Luar Negara (Syndicated) dan Produk Siap Tempatan (Finished Product) bagi Fasa 1, Tahun 2023/2024 bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kota Media.

Taklimat anjuran Unit Kandungan Kreatif RTM ini bertujuan memberi penerangan yang lebih jelas kepada syarikat yang berhasrat menghantar penyertaan untuk menyertai tawaran pembekalan perolehan program TV.


(Ketua Pengarah Penyiaran,  Suhaimi Sulaiman serta Timbalan Ketua Setiausaha (KKD) Mastura Ahmad Mustafa turut hadir taklimat tersebut di sini)

Serta, merupakan platform menemukan jabatan dan syarikat pembekal untuk berbincang, bertukar pandangan dan mendapatkan idea baharu ke arah pembangunan industri kreatif.

Pembekalan program ini berdasarkan keperluan 5 saluran TV RTM iaitu TV1, TV2, Okey, Berita RTM dan Sukan RTM.

Menerusi taklimat ini, syarikat pembekal akan mendapat gambaran dan idea mengenai keperluan saluran TV RTM sekali gus memenuhi citarasa penonton.

Pendaftaran syarikat dan tajuk program akan bermula 11 sehingga 17 Februari, pembekal berminat menyertai tawaran pembekalan ini boleh melayari laman sesawang http://etvcms.rtm.gov.my dan perlulah mengemukakan maklumat lengkap.

RTM berharap syarikat pembekal berdaftar dapat menawarkan program-program yang berkualiti dan menepati keperluan siaran saluran TV RTM dengan tawaran hak siaran bermanfaat kepada jabatan dan pulangan bersesuaian kepada pihak syarikat.

Media Baharu