JELEBU, 16 Julai- Produk hasil keluaran penjara dijadikan salah satu produk agro pelancongan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Nicole Tan Lee Koon berkata pelbagai produk menarik berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong.
Antara produk tersebut adalah anyaman rotan, ukiran kayu, madu kelulut, penternakan ikan dan tanaman nenas madu.
"Saya boleh bandingkan tempat ini sebagai 'one stop centre' dan juga ada peluang untuk mereka membeli-belah, ada banyak produk. Jadi saya rasa tempat ini sangat menarik dan saya akan syorkan tempat ini dijadikan sebagai salah satu pusat pelancongan untuk tahun melawat Negeri Sembilan 2026", katanya.
Beliau berkata demikian kepada RTM selepas mengadakan lawatan hasil produk penjara di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu.