fb fb fb fb fb

Tadbir urus baik pacu pertumbuhan negara

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 September - Tadbir urus yang baik dan tindakan berterusan membanteras ketirisan menjadi tonggak utama bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keseimbangan itu penting bagi mencapai matlamat negara mencapai status berpendapatan tinggi.

“Kita harus anggap isu penyelewengan sebagai cabaran besar yang perlu ditangani demi melindungi masyarakat dan negara. Kawal selia sistem perlu dilaksanakan dengan ketelusan, akauntabiliti dan kepercayaan."'

"Semak dan imbang bukan lagi pilihan, sebaliknya keperluan. Integriti dan keupayaan juruadit memainkan peranan utama," katanya ketika berucap pada Persidangan Konfederasi Asia Institut Juruaudit Dalaman (ACIIA) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hampir 1,500 delegasi dari 26 negara hadir pada persidangan tersebut.

Bertemakan 'Internal Audit in a Polycrisis Era: Adapting, Assuring and Advancing' ia merupakan acara audit terbesar di Asia yang kembali dianjurkan di Malaysia selepas 7 tahun.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN