fb fb fb fb fb

Tabung Baitulmal Sarawak terima Zakat lebih RM1.8 juta dari TH

KUCHING, 22 Disember - Tabung Baitulmal Sarawak menerima serahan zakat berjumlah RM1,886,165.94 daripada Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini bagi tahun kewangan 2022.

Bayaran zakat itu diterima Timbalan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Bolhassan Iskandar Taibi daripada Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak TH Datuk Nurlaila Said.

"Dengan pengagihan zakat ini harap dapat meringankan beban serta memberi bantuan secukupnya kepada kehidupan golongan asnaf dan B40 di negeri Sarawak," katanya menerusi kenyataan.

Nurlaila berkata ini sekali gus meningkatkan taraf kepada golongan asnaf di negeri itu.

Katanya dengan bayaran zakat itu menunjukkan tanggungjawab sosial korporat TH sebagai sebuah organisasi Islam yang peka terhadap kebajikan umat Islam di Malaysia.

GRACE AISYAH KEDAYAN