fb fb fb fb fb

'Sup daging telur lalat', JKN Melaka ambil sampel untuk siasatan

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, Dr Rozita Mustaffa

ALOR GAJAH, 15 Mac - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah mengambil sampel makanan dari pemilik premis terlibat susulan video tular 'sup daging telur lalat' yang dibeli di sebuah Pasar Ramadan di Semabok.

Pengarah Kesihatan Dr Rozita Mustaffa berkata, sampel yang diambil itu akan menunjukkan kandungan makanan itu.

"Selain daripada nasihatkan dia kita juga ambil sampel makanan untuk kita uji kalau ada kehadiran mikroorganisma ke atas makanan berkenaan. Kita sudah hantar sampel, kita ambil pagi tadi. Sample daripada gerai berkenaan. Ia akan megambil masa lebih kurang dua atau tiga minggu," kata Dr Rozita kepada media selepas sesi Walkabout Bazar Ramadan bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di Bazar Ramadan Alor Gajah.

Semalam, seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas sup daging yang dibeli di Pasar Ramadan di Semabok pada Rabu lepas yang mengandungi telur lalat.

Beliau yang datang dari Johor Bahru, pergi ke pasar Ramadan itu untuk membeli juadah berbuka namun terkejut selepas mendapati ada telur lalat di bahagian rongga tulang dari sup tersebut.

Peniaga tersebut, bagaimanapun  telah meminta maaf dan telah memulangkan semula wang kepada wanita terbabit.

TETITIA YUSOFF