
KUALA KANGSAR, 26 Februari – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat berjumlah hampir RM8 juta daripada tujuh syarikat korporat dan seorang individu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, semalam.
- Sultan Nazrin Shah menerima zakat hampir RM8 juta daripada tujuh syarikat korporat dan seorang individu di Istana Iskandariah.
- Sumbangan utama termasuk Jakel Ipoh, Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad, Menteri Besar Incorporated dan Perbadanan Pembangunan Pertanian.
- Jumlah RM7.87 juta akan diagihkan kepada golongan asnaf melalui Zakat Perak Al-Ridzuan dan diserahkan secara simbolik kepada MAIPk.
Antara penyumbang utama ialah Jakel Ipoh, Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad, Menteri Besar Incorporated dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.
Turut menunaikan zakat ialah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Royale College of Medicine Perak, SS Trend Trading dan seorang individu, Datuk Zakaria A. Kadir.
Keseluruhan sumbangan berjumlah 7.87 juta itu akan diagihkan kepada golongan asnaf melalui Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR).
Baginda kemudiannya berkenan menyerahkan zakat secara simbolik kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.