fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin rasmi Masjid Jamek Matang Gerdu

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyantuni para jemaah selepas selesai menunaikan solat fardhu Maghrib pada Majlis Perasmian dan Berbuka Puasa Tahun 1446H/2025M di Daerah Kerian di Masjid Jamek Matang Gerdu, Kampung Matang Gerdu hari ini/BERNAMA

BAGAN SERAI, 25 Mac- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Jamek Matang Gerdu, Bagan Serai, petang tadi. 

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abd Khalid dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Sultan Nazrin berkenan menanam pokok bunga tanjung sebagai simbolik perasmian sebelum berangkat ke majlis berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih di masjid berkenaan.

Masjid Jamek Matang Gerdu mula dibina pada tahun 2018 dan siap sepenuhnya pada tahun 2020 melibatkan kos RM3.1 juta.

Masjid yang terletak di Jalan Bagan Serai-Kuala Kurau itu mampu menampung kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Berkonsepkan binaan masjid nusantara, ia dilengkapi perkarangan dataran terbuka, pusat komuniti, dewan serbaguna dan bilik pengurusan jenazah.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM