KUALA LUMPUR, 26 Januari- Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa santap pagi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak Burung Hantu cawangan Semua House di Masjid India.
Momen itu dikongsikan di laman Facebook rasmi baginda hari ini.
Hantaran tersebut turut menyebut keterujaan orang ramai yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak selain bertanyakan khabar.